Sunday, March 29, 2009

Sesiapa saja pasti pernah mengalami kekalahan.......

Baharu kumengerti
Penitian hidup ini umpama roda
Kemenangan tidak semestinya menjadi milikku
untuk selamanya.

Setiap saatku menenun benang kesedihan
Setiap saatku dipudari warna kedukaan
Setiap saatku diselimuti hamparan kesugulan

Semuanya kerana
Aku ditampar suatu kekecewaan yang hebat
Namun
Aku harus pasrah menerima tikaman kekalahan ini
kerana aku yakin
Disebalik kejatuhan ini
Tersirat seribu satu pengajaran
Yang sentiasa mengajar diriku
erti hidup yang sebenarnya.......

1 comment:

  1. HIDUP X SELALUNYA INDAH.........
    NAMUN, KITA TETAP KENA TERUSKAN KEHIDUPAN INI.
    TIADA SIAPA YG TAHU RAHSIA ALLAH....
    USAHA,TAWAKAL DAN REDHA....

    ReplyDelete