Saturday, October 30, 2010

check-in Singapore....

Tomorrow i'm gonna be in Singapore...the vessel are there & i will transit in singapore....
I'm coming  MT.Selendang Gemala....

Bon Voyage to all my friends(seafarer batch 26).... 

Sayonara!!!see in 2011......
Hepi coming Aidiladha....
May Allah bless us here & hereafter.....Wassalam.....

Wednesday, October 27, 2010

kehampaan.....

aduyaii.....mengapakah hari ini aku berasa sungguh hampa & sedih dengan nasib hidupku???mengapa???....alahai!!nasib badan katakan...
aku perlu terima takdir ini dengan hati yang terbuka dan redha....
entri dlm 'sad mood' nmpaknye........

Friday, October 22, 2010

~mariner~

Tiba-tiba di saat ini,pada detik ini……..aku teringat dengan kata2 sorg insan yg aq terserempak di Hentian Duta 3bln lepas……Dia memberitahu aku “once u are mariner,u will be a mariner forever”…….kadang2 aku terlintas di fikiran aku dan mula memikirkan,Hmmm!!!knape org tdi ckp cam tu kat aku ek??pelik2 & ini sudah menambah kemusyikilan di pandangan aku….hishhh!!why????
That’s why aku mula merasakan menjadi Orang Laut atau name saintifiknye “seaman” ini merupakan orang yang betul fits physical mahupun mental saje mampu tinggal dan hidup di laut berbulan2….terputus dengan dunia sebenarnye atau realiti daratan dalam tempoh yg lame…bg yg telah berumahtangga juga,maybe “terpakse” kot meninggalkan keluarga dan anak2…Maybe time nie aku xdpt rasakan lg coz blum NAIK PELAMIN lg katakan…haha…Insyaallah..ade rezeki…adalah lah kot…
Namun,kekadang itu sukar untuk aku percaya dgn mota seafarer inggeris yg pasti tertulis pada diari kehidupan setelah bergelar seorang SEAFARER…hmmm!!
ONLY THE BEST MAN CAN GO TO SEA,ONLY THE BEST GIRL CAN BE WITH THE BEST MAN!!!!” …….
Try lah renung2 video di bawah ini…..sesuai ditonton bg sesiapa yg mempunyai teman hidup sebagai seorang pelaut sejati & faith seaman

 


Saturday, October 16, 2010

MISTERI PLANET NIBIRU & RAMADHAN 2012?

Cubalihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaituhari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet NIBIRU akan menghentam bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. .......... .... cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012...



Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Maklumat ini diambil dari facebook...Jdi sama2 lah kita lihat & renung mengenainya...Cubalah kita berfikir sejenak sama ada ia betul atau tidak??semua jawapan ada pada diri anda sendiri..

http://www.facebook.com/video/video.php?v=124919240882257

Thursday, October 7, 2010

Buah ape??

sila layan cter di bawah...U-sesuai dibace oleh semua golongan..hahaha.....


Suatu hari, 3 orang lelaki telah ditangkap oleh satu puak Kannibal

(makan orang punya spesis).

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki

itu utk dijadikan santapan.

Ketiga lelaki itu pun panik dan merayu dgn sepenuh hati kepada Ketua

Puak supaya mereka dibebaskan.

HELP...HELP...TOLON...TOLON....PLIS...PLIS.... HE..HE..HE...

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun

bersetuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat.......

Ni yang suspen nih.....he..he..he...

Syaratnya ialah....................

mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama..... dan

tunjukkan kepada Ketua Puak

Kata mereka dengan wajah yang ceria kepada ketua Puak ....."Ah.. nie

simple

punya keje"..

dlm hati.......selamat aku.....cuma nak buah je.......

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan

tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.....

Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 biji buah nenas dengan

wajah yang ceria.....

Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya,..........

" Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan

bunyi, bunuh dia!"

Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang

tersebut.

Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit tak tertanggung dan

dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji buah ciku

bersamanya...tetapi dia hairan kenapa kawan nya telah dibunuh.....dia

tak tau citer.......

Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil,lelaki

itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan......

Pada masa ini,tiba-tiba lelaki tu ketawa..kah..kah..kah.......kenapa

ek........ Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang

yang kedua lalu bertanya kepada roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa

pada buah ciku yang kelapan?"

maka Jawab roh orang yang kedua...................,

"Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dari hutan dengan membawa

buah.................

Buah apa??? tanya roh yang pertama.....penuh kehairanan....

kah...kah...kah....buah....buah...... RUPA2NYER!!!

.

DURIAN...!!!!!!!.....KAH....KAH..KAH...........mmG sakit yg diidamkan…hahah….

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!






SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DI BLOGGER INI...MAAF ZAHIR & BATIN!!!!

Kata hikmah buat semua pembaca blog!!!

Kata-kata hikmah penting untuk kekuatan diri bagi mereka yang inginkan kejayaan...

sesungguhnya org yang berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan diri ataupun orang lain.

Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
( Al-Mu’minun :1-3 )

Allah tidak melihat rupa dan kekayaan anda Allah melihat hati dan amal anda.
(Hadis Nabi)

Penawar yang paling mujarab ialah rajin.
(Iman Ghazali 1058 - 1111)

Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu.
(Iman Syafie 767 – 820 m )

Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit.
(Soekarno 1901 – 1970)

Demi kejayaan rebutlah lima masa;
Mudamu sebelum tua,
Sihatmu sebelum sakit,
Kayamu sebelum fakir,
Lapangmu sebelum sibuk,
Hidupmu sebelum mati.
(Hadis Nabi Riwayat AL-Bukhari 194 – 256 H)

Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan dan surut kalau dibiarkan menganggur.
(Iman Syafie 767 – 820 M)

Tanpa disiplin yang tinggi seseorang itu terdedah kepada penyimpangan matlamat.
(Tun Hussein Onn 1922 – 1990 )

Rahsia kejayaan ialah ketekalan tujuan.
(Benjamin Disraeli 1804 – 1881)

Take a moment now to dream and to think what you really want for your life.
(Anthony Robbins 1986 - )

Tidak ada yang mustahil bagi yang berani mencuba.
(Iskandar Zulkarnain 356 – 323 sm)

Jika matlamat anda jelas anda boleh mencapainya dengan mudah.
(Lao Tzu 604 – 531 sm)

Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia ; berfikir tanpa belajar adalah berbahaya.
(Confucius 551-479 sm)

Orang yang menyisihkan diri daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan.
Pergaulan itu mencerdaskan dan menajamkan ingatan.
(Aristotle)

Tidak cukup mempunyai minda yang baik yang penting menggunakannya dengan baik.
(Rene Descartes 1596 – 1650)

Tiada hari yang terlalu panjang bagi mereka yang suka bekerja.
( Seneca Pujangga Rom )

Reading to the mind what exercise is to the body.
(Sir Richard Steele 1672 – 1729)

Jangan biarkan ayam di kepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan.
( Aminuddin Baki )

Lebih besar kesulitan yang kita alami lebih besarlah kejayaan yang akan kita capai.
(Marcus Tullius Cicero 106 – 42 sm)

Setiap kerja yang besar itu pada mulanya adalah mustahil.
(Thomas Carlyle)
Sesiapa yang membaca dan mengamalkan apa yang dibaca akan memerintah dunia.
(Napoleon Bonaparte 1769 – 1821)

Minda yang kerdil umpama pokok yang kerdil tidak boleh berbuah dan berbunga.
(Prof Diraja Ungku Aziz 1992 )

Lebih baik mencucuh sebatang lilin daripada mengutuk kegelapan.
(Peribahasa Cina)

Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuhi semasa mendaki tangga kejayaan.
(Brooker T. Washington 1856 – 1915)

Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal.
(Dr Mahathir Mohamad 1925 - )

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat.
(H.W. Longfellow 1807 – 1882 )

Akar pendidikan memang pahit tetapi buahnya manis.
(Aristotle 384 – 322 sm)

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
(Pepatah Melayu )

"Jangan berasa rugi hari ini kerana mengeluarkan sedikit modal tetapi anda pandanglah keuntungan besar yang anda akan kecapi esok hari "

"Setiap idea yang buruk akan menjadi terbaik jika diusahakan "

" Kebanyakan orang gagal bukan disebabkan kegagalan itu sendiri tetapi disebabkan
mereka takut gagal "

Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.

Kemakmuran dan kesejahteraan hidup akan tercapai apabila manusia menggunakan segala tenaga yang dibekalkan itu dengan niat yang betul dan dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariat, maka ianya menjadi ibadat.

Dengan demikian manusia bukan sahaja akan menikmati manfaat di dunia bahkan mendapat balasan yang kekal di akhirat. Manusia seperti ini merupakan makhluk yang menghuni syurga yang mendapat dua hasanah – hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.

Tuesday, August 31, 2010

Kasih sayang di dalam Islam...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.


apakah cinta dalam Islam??

Miliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.

Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.


RABBANAHABLANA MIN AZWAJINA QURRATUA'YUN
WAJ'ALNA LIL MUTTAQINA IMAMA...

Kisah buat renungan di bulan Ramadhan ini....

Pesan Orang Tua
 
ORANG KATA.. enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,dah tua nanti tobatlah.
 
ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
 
AKU RASA.. betul jugak tu..
 
ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..
 
ATUK KATA.. exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
 
AKU RASA.. betul jugak tu..
 
ORANG KATA.. have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
 
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
 
AKU RASA.. betul jugak tu..
 
ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!
 
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
 
AKU RASA.. betul jugak tu..
 
ORANG KATA.. successful people have a good time
management,ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya ,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
 
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?



Jadi sama2 lah kita merenung kembali dan membuat refleksi terhadap diri kita...
Moga2 kita tidak berada dalam golongan orang yang leka dengan kenikmatan dunia semata-mata

WelcoMe BacK.......................

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua penulis & pembaca blog sekalian...
.
Alhamdulillah,setelah hampir setahun saya tidak berkecimpung dalam penulisan blog ini,
akhirnya saya kembali ke alam maya berelektonik ini ataupun dunia siber ..Tergerak hati ini untuk menyambung penulisan di blog.......
Terasa begitu rindu dan sepi di hati sanubari ini tanpa bertinta di blog kesayangan saya ini.
Pejam celik,tidur bangun,makan minum,sedar tidak sedar rupa-rupanya sudah setahun saya menyepi dan hampir 2 tahun meninggalkan bangku sekolah yang tercinta..
Kadang2 itu,timbul lah juga persoalan di fikiran rakan2 saya...Kemana hilangnye mamat nih??tiba2 senyap je....
Sebenarnya dalam tempoh itu juga begitu banyak kenangan suka & duka yang telah berlaku dalam kehidupan saya..Begitulah juga yang akan berlaku kepada saudara & saudari yang masih bergelar manusia bernyawa....
Kita tidak dapat lari dari suka & duka dalam kehidupan kerana itu adalah lumrah hidup atau hukum kamar yang ditetapkan oleh Tuhan kepada makhluk ciptaan-Nya...Kerana pengalamanan yang sebeginilah dapat mematangkan lagi pemikiran serta tingkah laku seseorang itu.....Ingatlah,kejayaan tidak akan hadir tanpa kegagalan..
kegagalan dalam kehidupan lah yang dapat menyedarkan kembali kita dari lena yang begitu lama & membangkitkan kita dengan semangat baharu bagi memulakan kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini..... kejayaan yang ada bukan untuk selama2nya,& kegagalan yang ada juga bukan untuk selama2nya....kesemua terserah kepada kita dan usaha dalam menentukannya....Barulah kita berserah kepada Illahi....