Tuesday, August 31, 2010

Kasih sayang di dalam Islam...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

video
apakah cinta dalam Islam??

Miliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.

Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.


RABBANAHABLANA MIN AZWAJINA QURRATUA'YUN
WAJ'ALNA LIL MUTTAQINA IMAMA...

Kisah buat renungan di bulan Ramadhan ini....

Pesan Orang Tua
 
ORANG KATA.. enjoy sementara muda,
hidup panjang lagi,dah tua nanti tobatlah.
 
ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
 
AKU RASA.. betul jugak tu..
 
ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..
 
ATUK KATA.. exams tu senang aje,
dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya,
Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
 
AKU RASA.. betul jugak tu..
 
ORANG KATA.. have fun on your birthday,
panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam,
make it a memorable one!!
 
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir,
hampir setahun dengan kematian,setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
 
AKU RASA.. betul jugak tu..
 
ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh,
beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..
baru hati puas!
 
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
 
AKU RASA.. betul jugak tu..
 
ORANG KATA.. successful people have a good time
management,ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya ,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!
 
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?



Jadi sama2 lah kita merenung kembali dan membuat refleksi terhadap diri kita...
Moga2 kita tidak berada dalam golongan orang yang leka dengan kenikmatan dunia semata-mata

WelcoMe BacK.......................

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua penulis & pembaca blog sekalian...
.
Alhamdulillah,setelah hampir setahun saya tidak berkecimpung dalam penulisan blog ini,
akhirnya saya kembali ke alam maya berelektonik ini ataupun dunia siber ..Tergerak hati ini untuk menyambung penulisan di blog.......
Terasa begitu rindu dan sepi di hati sanubari ini tanpa bertinta di blog kesayangan saya ini.
Pejam celik,tidur bangun,makan minum,sedar tidak sedar rupa-rupanya sudah setahun saya menyepi dan hampir 2 tahun meninggalkan bangku sekolah yang tercinta..
Kadang2 itu,timbul lah juga persoalan di fikiran rakan2 saya...Kemana hilangnye mamat nih??tiba2 senyap je....
Sebenarnya dalam tempoh itu juga begitu banyak kenangan suka & duka yang telah berlaku dalam kehidupan saya..Begitulah juga yang akan berlaku kepada saudara & saudari yang masih bergelar manusia bernyawa....
Kita tidak dapat lari dari suka & duka dalam kehidupan kerana itu adalah lumrah hidup atau hukum kamar yang ditetapkan oleh Tuhan kepada makhluk ciptaan-Nya...Kerana pengalamanan yang sebeginilah dapat mematangkan lagi pemikiran serta tingkah laku seseorang itu.....Ingatlah,kejayaan tidak akan hadir tanpa kegagalan..
kegagalan dalam kehidupan lah yang dapat menyedarkan kembali kita dari lena yang begitu lama & membangkitkan kita dengan semangat baharu bagi memulakan kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini..... kejayaan yang ada bukan untuk selama2nya,& kegagalan yang ada juga bukan untuk selama2nya....kesemua terserah kepada kita dan usaha dalam menentukannya....Barulah kita berserah kepada Illahi....