Wednesday, February 18, 2009

~Renungan bagi si Anak~

kelahiran aku pada 25 mei 1991!!


Bismillahirrahmanirrahim.....

Ingatkah wahai sahabat-sahabatku!!!

Semasa kita berumur setahun , ibu menyuapkan kita makan dan memandikan kita.Tetapi kita membalasnya budinya dengan menangis sepanjang malam ,membuang air besar dan kecil merata tempat....

Kemudian....
Semasa kita berumur 3 tahun , ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita..Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan tersebut ke lantai..

Semasa kita berumur 4 tahun , ibu membelikan kita alat tulis...Kita membalas budinya dengan menconteng dinding-dinding di rumah...

Semasa kita berumur 5 tahun , ibu membelikan baju baru untuk hari raya..Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila terjatuh kedalam lopak air..

~nie umur aku 3 tahun~


Apabila kita berumur 7 tahun , ibu menghantar kita ke alam persekolahan buat kali pertama dalam hidup kita..Namun , kita membalas budinya dengan menjerit "Saya tak mahu pergi sekolah"!!!...

Kemudian ingatkah kita lagi ketika berumur 10 tahun , ibu menghantar kita ke kelas tuisyen , membawa kita shopping , menghantar ke rumah kawan dan lain-lain...Kita langsung tidak menoleh ke belakang mengucapkan sepatah pun ucapan yang tidak berat dan berdosa untuk disebut iaitu terima kasih ibu!!!

Semasa kita berumur 12 tahun , ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV..Hakikatnya , kita membalas budi bu tersebut dengan asyik menonton televisyen sebaik sahaja ibu keluar dari rumah..

Kini , umur kita semakin meningkat ke usia 13 tahun..Dalam usia ini , ibu menegur fesyen rambut kita yang agak kurang sopan serta terikut-ikut budaya barat..Namun demikian , kita membalas insan tersebut dengan berkata bahawa "ibu nie tak ada TASTE lah"!!......

Kini , kita berumur 16 tahun , ibu amat inginkan dakapan kita setelah penat lelah mencari rezeki dan baru balik bekerja sehari suntuk..Kita membalas budinya itu , dengan mengunci diri i dalam bilik dan bersendirian.....

Kini juga , sebaik sahaja kita berumur 17 tahun dan luls peperiksaan spm , ibu menangis kegembiraan..Tetapi , kita membalas budi orang tua tersebut dengan tidak balik hingga lewat malam kerana apa???kerana alasaan ENJOY & CELEBRATE dengan kawan-kawan....

~mase aku umur 4 tahun~

Mahukah sahabat-sahabat , apabila usia kita menganjak ke 19 tahun , telah membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti , mengangkat beg pakaian kita dengan penuh kasih-sayang hingga ke hostel..Kita membalas budi ibu dengan tidak bersalaman dengannya di luar kerana takut malu dilihat oleh kawan-kawan dengan keadaan ibu yang daif dan miskin itu...

Apabila kita berumur 20 tahun , ibu bertanya dengan penuh rasa prihatin , kita ada girlfriend??Mahukah kita mengucapkan dan membalas budi ibu dendan berkata"Ibu ni kepohlah"!!!.....

Kemudian , apabila kita berumur 21 tahun , ibu bertanya apa cita-cita kita?Kita membalasnya dengan berkata"Saya tak mahu menjadi seperti ibu"!!!....




Apabila usia kita mencecah 23 tahun , kita mendapat pekerjaan yang pertama dan tinggal di rumah sendiri ..Ibu membelikan kita baju untuk kita memulakan pekerjan baru..Hampanya ibu , apavila kita membalas budi ibu dengan memberitahu rakan-rakan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan...

Putaran masa dunia semakin pantas , apabila kita berumur 25 tahun , kita mendirikan rumahtangga..Ibu menangis kegembiraan dan berkata betapa ibu kasih dan sayang pada kita.Namun , kita membalas jasa ibu yang telah banyak berkorban itu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari ibu....

Masa telah berlalu , apabila kita berumur 27 tahun , ibu menelefon kita dan memberi nasihat tentang penjagaan anak kita..Kita membalas budi ibu tersebut dengan berkata "Zaman sekarang lainlah ibu...!!!"

Apabila usia kita bertambah menjadi 50 tahun , ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang ....Namun setelah ibu bersusah payah membesarkan kita selama ini , kita membalasnya dengan datang menziarah ibu sekali sahaja dan membawa buah tangan sambil merungut tentang kesibukan bekerja dan perlu balik dengan segera .....

Setelah detik tersebut , pada suatu hari ibu yang telah menjaga kita dari dalam rahim , mengandungkan kita selama 9 bulan dan membesarkan kita sehingga kita telah menjadi hartawan itu telah meninggal dunia...

Kita tidak tidak sempat untuk membalas segala jasa-jasa arwah ibu tersebut...Oleh itu , mungkin ini akan terus menjadi roda kehidupan pada kita apabila anak kita berbuat sedemikian rupa pada kita kelak....


Jadi , ingatlah selagi ibu masih hidup , kasihi dan sayangilah ibu kita sebagaimana dia mengasihi kita sewaktu kita kecil dahulu....

Dan jika ada antara sahabat yang ibunya telah meninggal dunia , ingatlah jasa ibu itu dan banyakkanlah sedekah pahala amalan kita serta berdoa agar ibu tersebut dijauhkan dari azab kubur dan neraka...amin...

walau siapa pun kita , tinggi mana pun pangkat kita , kaya mana pun kita...tanpa insan yang bergelar ibu tidak mungkin kita berada di dunia ini dan akhir sekali kita tewas dengan ibu........


Ibu , kau ampunilah dosaku...
Andainya pernah menghiris hatimu...
Restumu yang amat ku harapkan..
Kerana di situ letaknya syurgaku...

Ibu , bergenang air mataku..
Terkenang wajahmu yang redup sayu.....
Ampunkan dosaku , wahai IBU!!!!......





~Ayahanda dan bondaku yang tercinta~



penghargaan dari pengetua!!




aduhai!!lamenyer rehearsal graduasi nih....