Selepas sahaja 31 Disember 2008,kebanyakan calon spm08 pasti akan tersenyum lebar dan gembira tidak terkecuali aku kerana spm sudah melabuhkan tirainya.....semuanya menganggap diri masing-masing telah bebas dari cengkaman guru dan peraturan di sekolah dahulu.....namun ia tidak bagi diriku....bagiku saat di sekolah dulu adalah yang paling berharga dan tidak mampu untuk diputarkan kembali kepada masa lalu.....kerana ketika itu ia tersingkap 1001 pengalaman yang bernilai diriku.....Kini sudah genap 5tahun aku bersekolah di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan...Dalam hidupku,upsr,pmr dan juga spm telah kutempuhi dengan penuh dugaan dan kesabaran......Di bumi inilah aku mendapat ramai sahabat dan guru yang telah banyak mengajar aku erti kebenaran dalam kehidupan realiti ini....Oleh yang demikian,sisa-sisa terakhir kehidupanku di sek itu dahulu tidak ku persiakan malahan aku sulamkannya dengan kenangan manis dan bernilai bagiku.....sehinggakan langkah terakhirku menjejak kaki keluar dari pintu gerbangnya ditemani titisan-titisan air mata yang bergenang di wajahku.....ketika itu,aku menganggap pemergianku itu dikongsi bersama mahkluk ciptaan tuhan iaitu langit yang tiba-tiba tidak berhenti melimpahkan airnya yang rahmat itu membasahi bumi semsas tersebut........ Disebalik fatamorgana tersebut aku mula mengimbas kembali sepanjang kehidupan ku di semsas sehinggakan detik-detik yang terakhir aku untuk meninggalkannya.......
Bagi diriku,tahun yang terakhir merupakan saat yang paling genting dan dipenuhi ujian daripada Illahi untuk aku sebagai hambanya yang hina ini....aku juga tidak berkuasa untuk menepis atau menangkis ujianNya kerana aku sedar siapa sebenar diriku...hanyalah seorang insan yang kerdil bagi Maha Pencipta alam ini.... Mungkin timbul persoalan disini,apakah ujian yang telah menimpa pada diriku dan bagaimana aku menghadapinya??????
ketika jarum masa hidupku telah berputar selama 17tahun serta jasad yang masih bernyawa ini, tidak pernah aku memikirkan bahawa pada suatu hari nanti bakal memikul amanah Allah yang besar tanggungjawabnya..........sehinggakan aku diberi kepercayaan yang penuh oleh guruku dan sahabatku untuk memimpin pelajar di sek......sedangkan mereka dan aku mengetahui yang aku tidak pernah menjadi pemimpin pelajar sebelum ini selain memimpin jasadku sahaja..........Timbul disini pelbagai soalan yang kerap kali bermain di fikiranku dan mewujudkan kegusaran di dalam hatiku ini..
.kenapa aku dipilih?
?tidak ada orang lain lagi yang layakkah??
atau
ini salah satu ujian Tuhan pada hambanya???
Mungkinkah ia sebagai takdir dalam hidupku?
Oleh itu,aku redha dengan ketentuannya kerana takdirlah penentu segala...........................
Seterusnya,semakin hari hidupku mula dipinggirkan dan disisihkan oleh sahabatku...Yang dulunya akrab bersama ku kini menjadi rengang...Patutkah aku menerima semua itu??? sedangkan aku hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberi padaku.....
Ketika itulah aku mula merasakan hidup di dunia ini semakin tidak adil!!!
dan aku mula berputus asa dan bertekad untuk meninggalkan pentas kepimpinan ini....
Setiap masa aku memohon pada Tuhan agar sahabatku boleh menerimaku seperti sediakala dan mampu memahami hidupku itu.......
Sebaliknya,Allah itu Maha berkuasa lagi Maha Mendengar....
Akhirnya aku bertemu dengan seorang insan yang digelar "Bonda"dalam kalangan sahabatku yang telah banyak memberi semangat,nasihat yang berguna serta dorongan bagi diriku untuk menempuhi hidup ini.....Teringat lagi aku akan pesannya"Dalam hidup seorang pemimpin itu tidak mampu untuk kita membuat atau memaksa semua orang untuk menyukai kita.....Namun,Tuhan itu Maha Adil....Jika ada golongan yang membenci kita sudah tentu ada juga golongan yang menyukai kita dan sentiasa bersama kita....Oleh itu,golongan inilah yang kita perlu hargai dan diberi perhatian kerana mereka inilah yang mampu memberi semangat pada kita dalam melaksanakan amanah sebagai pemimpin.dan yang paling penting kita laksanakan amanah dengan ikhlas kerana Allah s.w.t"
Setelah itu,aku mula sedar dan mengerti kehidupan yang sebenar ini..dan mengharapkan pengalaman selama ini mampu membimbingku untuk berada di alam pengajian tinggi serta masyarakat kelak......Biasalah Tuhan mencipta manusia ini tidak ada yang sama.....Sebab itu manusia mempunyai pelbagai ragam hidup dan karenah...itulah ujian Tuhan pada manusia untuk melihat siapa yang mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai manusia serta menjaga hubungan yang baik sesama manusia(hab'lun minan'nas)...
Tetapi sahabat seperjuanganku juga ramai yang telah membantu dalam hidupku dan sanggup untuk berkongsi masalahku dengannya...khususnya dalam pelajaran di sek dan organisasi..aku amat berterima kasih pada mereka...
Begitu juga pada guru di semsas serta warden yang banyak membantu dalam hidupku dan memahami masalah yang telah kuhadapi....aku amat menghargai jasa mereka...
Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...aku mendoakan agar mereka sejahtera dan selamat di dunia dan di akhirat!!!amin.....!!!!!!!!
nie lak Time foRm 2
tiME foRm 3
cap,,im touched..
ReplyDelete