Thursday, January 29, 2009

~>keKangaN dLm KepimpiNan~<


Masalah-masalah dan masalah
Berlaku-berlaku dan terus berlaku
Kesedarannya di mana?
Penyelesaiannya bagaimana?
Tanggungjawab hilang kemana?

Masalah-masalah dan masalah
mesyuarat berlalu
masalah bertambah
Akautabiliti di mana?
Pemimpin tahu berkata
Pengikut tahu mengangguk
Apa yang kita tahu?
Apa yang kita angguk?

Pengawas dan masalah
masalah dan penyelesaian
masih belum berpisah
masih perlu diperbaiki
D imana-di mana dan di mana




Pengertian kebenaran masih jauh

Hipokrit dijaja ke sana ke mari
dalam pertubuhan kita ini.
Dimana kesedaran
Dimana keinsafan
Dimana perubahan
Kesedaran,keinsafan dan perubahan
Dimana mereka?


carilah mereka dalam diri
Mungkin nun jauh di lubuk di muara hati
Mungkin juga tenggelam jauh ke dasar hati
Ataupun terbang tinggi di awangan bayangan dalm hati
Pemikiran produktif, kepimpinan proaktif,asrama kondusif
Apa semua ini tanpa persefahaman
Tiada gunanya kita bertekak,kita berlagak,bergaya
seperti orang maju lebih dari mereka yang pasif
Lebih baik kita berhenti bertekak,kita berhenti berlagak,tak perlu bergaya
Yang penting jaga amanah
Timbang akautabiliti kita di atas neraca
Sejauh mana kehebatan kita
Fikirlah di mana kita?
Ingatlah Siapa kita?
Pemimpin atau orang yang dipimpin...........






~PuiSi PaYuNg aMaNaH~


Dengan azam bertekad hati berdoa
Santun beradat pada setiap langkah
Kehidupan dirancang sedamai Qalbu
Mengalirkan hikmah ke amanah syahdu

Melihat pelangi mesra dan rintik mega
Menghias desa dan kota bercitra
Mercuplah benih budi cinta terindah
Menyuburi pepohon khidmat amanah

Dengan saraan sihat dana berimbang
Dalam dakapan iklim sekudur sayang
Arah bahagia nadi kehidupan
Mengiring keluarga ke kebahagiaan

Dan pada siang rindu dan malam kasih
Ukiran termolek amanah yang bersih
Dan dengan kepintaran menangani modal
Masa depan pewaris ranum berbekal

Kunci budi yang teguh pembuka gerbang
Tekad murni yang kukuh penyeri jinjang
Begitu disandingkan segirang hati
Hayat warisan berlimpahan rezeki

Permata ilmu bagi para remaja
Bakti insani bagi golongan tua
Dengan lenggok adab sangat akrab
Dunia dan akhirat sama didakap

Memupuk bunga citra semakin wangi
Landas dan langkah yang visinya sejati
Dana telus diurus tangan berhemah
Memayungi rakyat dengan amanahnya.
anNual Dinner prefect High Board-o8

Friday, January 23, 2009

bErAkHiRnYa aLaM pErsEkoLahaN


Selepas sahaja 31 Disember 2008,kebanyakan calon spm08 pasti akan tersenyum lebar dan gembira tidak terkecuali aku kerana spm sudah melabuhkan tirainya.....semuanya menganggap diri masing-masing telah bebas dari cengkaman guru dan peraturan di sekolah dahulu.....namun ia tidak bagi diriku....bagiku saat di sekolah dulu adalah yang paling berharga dan tidak mampu untuk diputarkan kembali kepada masa lalu.....kerana ketika itu ia tersingkap 1001 pengalaman yang bernilai diriku.....Kini sudah genap 5tahun aku bersekolah di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan...Dalam hidupku,upsr,pmr dan juga spm telah kutempuhi dengan penuh dugaan dan kesabaran......Di bumi inilah aku mendapat ramai sahabat dan guru yang telah banyak mengajar aku erti kebenaran dalam kehidupan realiti ini....Oleh yang demikian,sisa-sisa terakhir kehidupanku di sek itu dahulu tidak ku persiakan malahan aku sulamkannya dengan kenangan manis dan bernilai bagiku.....sehinggakan langkah terakhirku menjejak kaki keluar dari pintu gerbangnya ditemani titisan-titisan air mata yang bergenang di wajahku.....ketika itu,aku menganggap pemergianku itu dikongsi bersama mahkluk ciptaan tuhan iaitu langit yang tiba-tiba tidak berhenti melimpahkan airnya yang rahmat itu membasahi bumi semsas tersebut........ Disebalik fatamorgana tersebut aku mula mengimbas kembali sepanjang kehidupan ku di semsas sehinggakan detik-detik yang terakhir aku untuk meninggalkannya.......

Bagi diriku,tahun yang terakhir merupakan saat yang paling genting dan dipenuhi ujian daripada Illahi untuk aku sebagai hambanya yang hina ini....aku juga tidak berkuasa untuk menepis atau menangkis ujianNya kerana aku sedar siapa sebenar diriku...hanyalah seorang insan yang kerdil bagi Maha Pencipta alam ini.... Mungkin timbul persoalan disini,apakah ujian yang telah menimpa pada diriku dan bagaimana aku menghadapinya??????
ketika jarum masa hidupku telah berputar selama 17tahun serta jasad yang masih bernyawa ini, tidak pernah aku memikirkan bahawa pada suatu hari nanti bakal memikul amanah Allah yang besar tanggungjawabnya..........sehinggakan aku diberi kepercayaan yang penuh oleh guruku dan sahabatku untuk memimpin pelajar di sek......sedangkan mereka dan aku mengetahui yang aku tidak pernah menjadi pemimpin pelajar sebelum ini selain memimpin jasadku sahaja..........Timbul disini pelbagai soalan yang kerap kali bermain di fikiranku dan mewujudkan kegusaran di dalam hatiku ini..
.kenapa aku dipilih?
?tidak ada orang lain lagi yang layakkah??
atau
ini salah satu ujian Tuhan pada hambanya???
Mungkinkah ia sebagai takdir dalam hidupku?
Oleh itu,aku redha dengan ketentuannya kerana takdirlah penentu segala...........................

Seterusnya,semakin hari hidupku mula dipinggirkan dan disisihkan oleh sahabatku...Yang dulunya akrab bersama ku kini menjadi rengang...Patutkah aku menerima semua itu??? sedangkan aku hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberi padaku.....
Ketika itulah aku mula merasakan hidup di dunia ini semakin tidak adil!!!
dan aku mula berputus asa dan bertekad untuk meninggalkan pentas kepimpinan ini....
Setiap masa aku memohon pada Tuhan agar sahabatku boleh menerimaku seperti sediakala dan mampu memahami hidupku itu.......
Sebaliknya,Allah itu Maha berkuasa lagi Maha Mendengar....
Akhirnya aku bertemu dengan seorang insan yang digelar "Bonda"dalam kalangan sahabatku yang telah banyak memberi semangat,nasihat yang berguna serta dorongan bagi diriku untuk menempuhi hidup ini.....Teringat lagi aku akan pesannya"Dalam hidup seorang pemimpin itu tidak mampu untuk kita membuat atau memaksa semua orang untuk menyukai kita.....Namun,Tuhan itu Maha Adil....Jika ada golongan yang membenci kita sudah tentu ada juga golongan yang menyukai kita dan sentiasa bersama kita....Oleh itu,golongan inilah yang kita perlu hargai dan diberi perhatian kerana mereka inilah yang mampu memberi semangat pada kita dalam melaksanakan amanah sebagai pemimpin.dan yang paling penting kita laksanakan amanah dengan ikhlas kerana Allah s.w.t"

Setelah itu,aku mula sedar dan mengerti kehidupan yang sebenar ini..dan mengharapkan pengalaman selama ini mampu membimbingku untuk berada di alam pengajian tinggi serta masyarakat kelak......Biasalah Tuhan mencipta manusia ini tidak ada yang sama.....Sebab itu manusia mempunyai pelbagai ragam hidup dan karenah...itulah ujian Tuhan pada manusia untuk melihat siapa yang mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai manusia serta menjaga hubungan yang baik sesama manusia(hab'lun minan'nas)...
Tetapi sahabat seperjuanganku juga ramai yang telah membantu dalam hidupku dan sanggup untuk berkongsi masalahku dengannya...khususnya dalam pelajaran di sek dan organisasi..aku amat berterima kasih pada mereka...
Begitu juga pada guru di semsas serta warden yang banyak membantu dalam hidupku dan memahami masalah yang telah kuhadapi....aku amat menghargai jasa mereka...
Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya...aku mendoakan agar mereka sejahtera dan selamat di dunia dan di akhirat!!!amin.....!!!!!!!!



nie lak Time foRm 2


tiME foRm 3

sahabatku pd haRi GraduAsi


a wEEk before SpM


DataRan BeStaRi

Thursday, January 22, 2009

sEmSaS Dlm iNgAtAnKu


Tanggal 7 Januari 2004 adalah satu detik bersejarah dan bermakna dalam kamus kehidupanku....ia seolah-olah tidak mampu luput dari ingatanku walaupun 1000 tahun.....Itulah detik keramat dan kali pertama kakiku menjejak bumi y dianggap sbg guru kehidupanku iaitu semsas y tercinta......



Disinilah teratak y telah banyak mengajarku erti kehidupan apatah lagi mendalami ilmu Illahi......

Pada mulanya,diriku ini merasa keberatan utk tinggal disini,kerana sebelum ini aku tidak pernah berjauhan dari bonda dan ayahandaku hatta hidup berseorangan....
Namun begitu,pada suatu malam almarhum nendaku telah berpesan padaku "cu !!ingatlah bahawa cu tidak keseorangan disana kelak..selagi cu mengingati Allah selagi itulah Dia tetap bersama cu!!dan doa kami sentiasa disisimu...pergilah merantau bg mengubah nasib keluarga,dan jagalah nama baik keturunan kita serta agama...insyaallah,satu hari nanti cu pasti akan pulang dgn kemenangan!!!"

itulah pesan nendaku sebelum aku berangkat ke bumi semsas pada keesokan harinya..Jadi aku berazam untuk mengapai matlamatku selama ini sebaik sahaja berada di bumi bertuah ini...Begitulah bibit-bibit permulaan alam sekolah menengahku........